Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Negeri Sembilan Antlers Tundukkan Johor Tigris

today11 September 2024

Background
Negeri Sembilan Antlers Johor Tigris


Negeri Sembilan Antlers melepasi cabaran awal peringkat kumpulan C Liga Premier Emas Anuar Sepak Takraw League (STL) 2024 Grand Prix (GP) Selangor dengan nota kemenangan selepas menundukkan Johor Tigris pada aksi yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam sebentar tadi.

Membariskan Haziq Hairul Nizam selaku tekong, Hafizul Hayazi Adnan sebagai apit kanan dan Zulefendi Sumari (apit kiri), Negeri Sembilan Antlers kelihatan berada di landasan terbaik untuk meraih kemenangan sulung.

Baca Juga:

Tambahan pula tekong Johor Tigris dari Thailand iaitu Chayaphon Chanakon kelihatan masih tercari-cari rentak dalam usaha menjelmakan servis terbaiknya.

Kombinasinya bersama apit kanan, Mohd Syahmi Syazwan Aziz dan Farhan Adam selaku apit kiri kelihatan sedikit longgar dan mengganggu rentak pasukan.

Kesempatan itu diambil sepenuhnya oleh Negeri Sembilan Antlers untuk memenangi set pertama dengan keputusan 15-11.

Ketua jurulatih Johor Tigris, Haji Jamaluddin…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Hiburan Semasa

Rizal Van Geyzel waspada tampil bahan jenaka

Kuala Lumpur: Pelawak Rizal Van Geyzel, 41, menjadikan pengalamannya menjadi mangsa buli siber selepas kontroversi hantaran videonya yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia sebagai pengajaran besar untuk lebih berhati-hati kongsi jenaka di media sosial. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today11 September 2024