Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pasukan wanita Negeri Sembilan muncul sebagai juara sulung saingan Women’s Super League yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) selepas menewaskan Footsouls dengan keputusan 1-0.
Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) semalam, Henrietta Justine muncul sebagai wira Negeri Sembilan apabila hantaran lintangnya gagal dikeluarkan oleh penjaga gol lawan, Rashidah Abdullah yang tertampan bola ke dalam gawangnya sendiri pada masa kecederaan.
Henrietta Justine. Sumber Gambar: Aremilworks
Jaringan tunggal itu sudah cukup untuk memberikan kejuaraan kepada Negeri Sembilan sekaligus pasukan itu muncul sebagai juara sulung dalam kejohanan yang dianjurkan oleh FAS.
Nur Ezza Ashikin dinobatkan selaku penjaga gol terbaik kejohanan selepas pemain berusia 18 tahun itu hanya dibolosi satu gol dalam pertandingan ini. Nurul Nadia…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: