
PETALING JAYA – Nestle Malaysia telah membuat persediaan untuk program Back-to-School yang telah dianjurnya sejak 10 tahun lalu dengan bakal memberi bantuan kepada lebih 2,000 pelajar dari seluruh negara.
Program ini melibatkan lebih daripada 100 sukarelawan di bawah platform Nestlé Sayang Komuniti yang terlibat dalam aktiviti pembungkusan dan pengagihan kelengkapan sekolah kepada keluarga yang memerlukan.
Sehingg kini, syarikat telah membantu lebih daripada 16,300 anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan.
Melalui kerjasamanya dengan NGO Empire Project, program ini telah menyalurkan keperluan persekolahan dan produk makanan penting bagi
meringankan beban keluarga, agar setiap anak dapat memulakan tahun persekolahan dengan semangat dan kelengkapan yang mencukupi untuk belajar dan berjaya.
Tahun ini, bagi memulakan agihan di peringkat nasional, seramai 164 pelajar di Perlis menerima pelbagai barangan keperluan persekolahan termasuk beg, pakaian seragam, kasut serta pek…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: