PETALING JAYA – Nestle (Malaysia) Berhad diramalkan bakal membuat pelarasan harga melibatkan beberapa produk spesifik pada bulan Jun hingga Julai ini, sehubungan lonjakan harga gula, tomato, koko dan kopi Arabica serta Robusta, menurut nota penyelidikan oleh MIDF Research hari ini.
Menurut penganalisisnya, Genevieve Ng Pei Fen, ia selari dengan sesi taklimat bersama pihak pengurusan Nestle yang diadakan pada suku tahun keempat 2023.
“Kami melihat langkah ini membolehkan Kumpulan mengurangkan hakisan margin keuntungan melibatkan sesetengah siri produknya, terutamanya Milo, Nescafe dan sos tomato Maggi.
“Sebelum ini, Kumpulan memutuskan untuk menangguhkan kenaikan harga pada November 2022 untuk menyokong pengguna, namun membayangkan kenaikan secara beransur-ansur pada tahun kewangan 2024.
“Pun begitu, kami tidak menjangkakan pindahan penuh kepada pengguna (kenaikan kos kepada harga jualan) kerana kami percaya usaha untuk terus berdaya saing dan mengekalkan pengguna merupakan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: