
PETALING JAYA – Nestle Malaysia telah menganjurkan program Ramadan Penuh Bermakna bersama Nestle bagi membantu golongan memerlukan di seluruh negara untuk menikmati makanan berkhasiat dan barangan keperluan
sepanjang bulan yang mulia ini.
Menerusi kerjasama rapat dengan pihak berkuasa agama Islam tempatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), rakan media dan universiti, syarikat telah menghulurkan bantuan makanan bernilai kira-kira RM2 juta kepada lebih 300,000 penerima di seluruh negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Malaysia, Juan Aranols berkata, pihaknya komited untuk memainkan peranan meringankan beban golongan kurang mampu
yang mungkin menghadapi cabaran tambahan dalam tempoh ini.
“Menerusi Ramadan Penuh Bermakna bersama Nestle, kami bersama-sama rakan-rakan dan mengerahkan sukarelawan Nestle Sayang Komuniti kami sendiri untuk memastikan makanan berkhasiat menyantuni mereka yang memerlukan, sambil memenuhi janji kami untuk membawakan Good Food, Good Life,” katanya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: