PETALING JAYA – Nestle meneruskan kerjasama yang sedia terjalin sebelum ini dengan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) untuk menyantuni komuniti terjejas semasa musim tengkujuh.
Misi bantuan banjir terbaharu kali ini menghimpunkan sukarelawan Nestlé Cares bersama-sama BSMM membungkus 5,000 kotak bantuan makanan asas untuk diagihkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di kawasan Pantai Timur dan di kawasan lain yang terjejas.
Setiap kotak mengandungi rangkaian produk Nestle termasuk Milo, Maggi, Nescafe, Nestum, Nestle Gold Cornflakes, susu Everyday dan Nestle Omega Plus untuk memberikan sokongan nutrisi dan daya tahan kepada seluruh keluarga berdepan waktu sukar begini.
Ketua Pegawai Eksekutif Nestle, Juan Aranols berkata, inisiatif ini mewakili sumbangan besar produk dalam bentuk barangan dan sumbangan kewangan bernilai RM2 juta, yang merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan sumbangan Nestle Malaysia kepada BSMM sebanyak RM4 juta untuk tahun 2024.

“Kami terus terlibat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: