Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Nestle Malaysia tanam 2.8 juta pokok, sasar 4 juta menjelang 2025

today28 May 2024

Background


PETALING JAYA – Nestle Malaysia berjaya menanam 2.8 juta pokok menerusi Projek RELeaf yang sedang dijalankan dan juga Projek RiLeaf yang telah dilaksanakan sebelum ini, sejajar dengan matlamatnya untuk menanam empat juta pokok di seluruh Malaysia menjelang 2025.

Projek tersebut dianggarkan bakal menghasilkan sekuestrasi karbon (proses mengikat karbon dioksida dari udara untuk mengurangkan gas rumah hijau) berjumlah kira-kira 700,000 tan.

Untuk menggiatkan lagi usaha berkenaan, Nestle Malaysia meneruskan acara Penanaman Pokok Tahunan di seluruh negara, melibatkan lebih daripada 400 sukarelawan Nestlé Cares.

Disokong rakan kerjasama, Sime Darby Plantation dan TDM Plantation, wakil ketiga-tiga pihak berganding bahu untuk menanam sejumlah 5,000 pokok di lima lokasi di seluruh negara, iaitu Taman Alam Kuala Selangor; SDP Labis Utara, Johor; SDP Tiger Estate Tawau, Sabah; TDM Plantation, Terengganu; dan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia)…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Sukan

MIMAC medan cungkil bakat muda

Kuala Lumpur: Kejohanan Malaysia International Muay Championship (MIMAC) yang akan berlangsung di Dataran Warisan, Taiping, Perak bermula Khamis hingga Ahad ini bakal menjadi platform terbaik bagi melahirkan lebih ramai atlet muda dalam sukan itu.

today28 May 2024