PETALING JAYA – Nestle Malaysia akan meneruskan projek kutipan dan kitar semula pintu ke pintu di Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Sebelum ini syarikat telah berjaya melaksanakan projek tersebut di lima kawasan di perbandaran Selangor.
Ini adalah sebahagian daripada Projek Save, Tanggungjawab Pengeluar Lanjutan (EPR) yang dilaksanakan secara sukarela dan usaha ini dirangka untuk meningkatkan pengutipan dan pengitaran semula sisa pasca-pengguna di Pulau Pinang.
Ketua Pegawai Eksekutif Neslte, Juan Aranols berkata, peluasan Projek Save ke Pulau Pinang mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi pihaknya terhadap pengawasan alam sekitar dan wawasan untuk mewujudkan negara Malaysia yang bebas sisa.
Menurut beliau, dengan melibatkan komuniti dan berganding bahu dengan pihak-pihak berkepentingan seperti MBPP, Nestle tekad untuk melaksanakan inisiatif yang membawa kesan bermakna untuk mengurangkan sisa, menggalakkan kitar semula dan menyediakan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: