PETALING JAYA – Nescafe, jenama kopi terbesar Nestle hari ini mengumumkan Pelan 2030 bagi menggalakkan pengeluaran kopi yang lebih lestari oleh petani, melibatkan pelaburan lebih satu billion Swiss francs (RM4.69 bilion) bermula sekarang hingga tahun 2030.
Ia antara lain termasuk langkah untuk menyokong peralihan petani kepada penanaman kopi regeneratif, seperti pelaksanaan program rintis skim sokongan kewangan di Mexico, Ivory Coast dan Indonesia untuk mempercepatkan peralihan kepada pertanian regeneratif.
Ketua Jenama Kopi Nestle, David Rennie berkata, perubahan iklim dunia meletakkan kawasan penanaman kopi di bawah tekanan.
“Menerusi Pelan Nescafe, kami mempercepatkan langkah untuk membantu menangani kesan perubahan iklim, selain menangani cabaran sosial dan ekonomi di sepanjang rantaian nilai Nescafe,” katanya.
Nestle memetik kajian Inter-American Development Bank, yang menjangkakan kenaikan suhu global bakal mengurangkan kawasan yang sesuai untuk penanaman kopi sehingga…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: