Kool FM

Nestle,Yayasan Keamanan Global sedia bekalan air selamat untuk Orang Asli


PETALING JAYA – Nestle Malaysia telah bekerjasama dengan Yayasan Keamanan Global Malaysia untuk memulakan inisiatif membina empangan dengan sistem bekalan air graviti yang ditambah baik, yang akan menjamin bekalan air selamat dan stabil bagi penempatan Orang Asli di Kampung Lumut, Lenggeng, Negeri Sembilan.

Pembinaan empangan, pemasangan sistem paip baharu,  pembinaan tangki air dan talian paip di kawasan perkampungan itu akan  membolehkan bekalan air dikawal selia dan ditambah baik.

Selain daripada membekalkan air bersih untuk minuman, memasak, bercucuk tanam dan menjaga kebersihan keseluruhan, penduduk kampung juga akan dilatih menerusi inisiatif ini untuk menggunakan dan menyenggarakan infrastruktur, memupuk kebertanggungjawaban d komuniti dalam jangka panjang.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Malaysia, Juan Aranols berkata, usaha ini mencerminkan agenda penjagaan air lebih luas buat syarikat sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari PertubuhanBangsa-Bangsa Bersatu,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version