Platform penstriman atas talian, Netflix akan menerbitkan siri dokumentari tentang Vinicius Jr. Bintang Real Madrid itu dianggap antara pemain terbaik dunia pada ketika ini.
Vini Jr malah dianggap calon pilihan untuk Ballon d’Or 2024 namun tewas di tangan Rodri.
Ramai peminat Vinicius percaya bahawa pemain itu telah dirompak kemenangannya.
Vinicius sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa usahanya menentang perkauman telah menjadi sebab kenapa dia tidak menang Ballon d’Or.
Namun dia tidak akan berhenti malah akan menggandakan lagi usahanya. Kata pemain itu.
Dan kini pemain Real Madrid itu bakal memiliki dokumentarinya sendiri, sepertimana yang diumumkan oleh Netflix baru baru ini.
Dokumentari ini akan mendalami lagi kehidupan seharian dan karier Vinicius Jr sebagai bintang Real Madrid pada usianya 24 tahun.
Dokumentari itu boleh ditonton pada tahun hadapan.
Vini x Netflix
For his upcoming documentary #ViniciusJr
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
