Sementara itu, meninjau di laman Facebook Kementerian Kewangan, pihaknya turut mengajak orang ramai untuk meneka warna pilihan pakaian Anwar yang juga Menteri Kewangan.
“Apakah warna pilihan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk pembentangan Belanjawan 2025?,” tulisnya.
Ciapan berkenaan mendapat perhatian dan ramai yang memberi tekaan mereka masing-masing mengenainya.
Menerusi hantaran itu, disertakan gambar Perdana Menteri dilihat segak berpakaian baju Melayu lengkap warna biru muda berserta samping ketika membentangkan Belanjawan 2023.
Lihat antara komen-komen daripada netizen di Facebook:
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: