Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Netizen Geli Hati Lihat Bell Ngasri Berlakon Jadi Garang

today8 March 2024

Background


Bila sebut Bell Ngasri, kita pasti teringat dengan watak-watak lucu yang dibawakan beliau lebih-lebih lagi dengan karakter Barkoba di dalam filem 18 Puasa Di Kampung Pisang.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular pula video Bell Ngasri membawa watak yang berlainan semasa pengambaran dipercayai untuk sebuah filem raya.

Dalam video tersebut, Bell menengking seorang kanak-kanak perempuan dipercayai anaknya sambil memegang duit sebelum wang terbabit dilemparkan ke arah muka budak tersebut.

“Aku bagi duit ini, ambil!,” jerit Bell semasa melakonkan watak terbabit.

Bell kemudiannya dengan wajah yang bengis dilihat membawa bagasi dan berlalu pergi daripada rumah berkenaan seperti watak seorang antagonis.

Video lakonan pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35 itu berjaya menarik perhatian ramai memandangkan dia sebelum ini jarang membawa watak serius sedemikian.

Menurut pemilik akaun, filem lakonan Bell Ngasri ini akan ditayangkan di Astro pada raya pertama…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post

Luar Negara

Pencipta Dragon Ball meninggal dunia

Tokyo: Pencipta komik dan kartun anime Jepun, Dragon Ball, yang sangat popular dan berpengaruh, Akira Toriyama, meninggal dunia pada usia 68 tahun, kata pasukan produksinya pada Jumaat. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today8 March 2024