Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Jalan raya bukan milik kita seorang dan berilah laluan jika ada kereta lain yang mahu memotong terutamanya di jalan raya satu lorong.
Biasanya majoriti daripada kita akan memberi laluan kenderaan lain untuk memotong jika kita memandu perlahan. Jalan raya dengan garis putih putus-putus adalah tempat yang sesuai untuk kereta memotong jika tiada kenderaan lain di arah bertentangan.
Namun lain pula jadinya dalam video yang dikongsikan dalam kumpulan DashCam Owners Malaysia. Seorang pengguna Facebook Fairuz Hakim berkongsikan kejadian sebuah kereta Perodua Myvi putih yang dilihat sengaja tidak mahu memberi jalan untuk kereta lain memotongnya.
Kejadian dikatakan berlaku di Jalan Tanjung Sepat, Sepang. Dalam video tersebut, pemilik dash cam dilihat memotong dua kenderaan. Tiada masalah apabila memotong kenderaan pertama tetapi lain pula jadinya apabila dia cuba memotong kereta Myvi Putih di…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
