Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Netizen Kecam Chef Zam Sebab Pertikai Balik Kerja Awal

today20 February 2026

Background
‘Berbuka 7.29 Malam, Kenapa Menggeletis Nak Balik 4.30 Petang?’ – Pertikai Pekerja Pulang Awal Masa Ramadan, Chef Zam Dikecam


Cef selebriti, Profesor Datuk Zamzani Abdul Wahab menerima kecaman hebat daripada warganet susulan kenyataannya yang mempersoalkan tindakan segelintir pekerja memilih untuk pulang lebih awal sepanjang bulan Ramadan.

Chef Zam dikecam

Menerusi hantaran di aplikasi Threads, Zamzani atau lebih mesra dengan panggilan Chef Zam meluahkan rasa hairan apabila ada pekerja yang mahu menamatkan waktu kerja lebih awal selain turut mempersoalkan alasan di sebalik tindakan tersebut.

Waktu berbuka 7.29 malam, yang kau menggeletis nak balik tempat kerja 4.30 petang kenapa pula? 

Nak memasak untuk katering bisnes ke?

Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi negatif daripada netizen yang rata-ratanya menyifatkan Chef Zam tidak memahami realiti kehidupan pekerja di kota raya.

Tidak kurang juga ada yang mempertahankan hak pekerja untuk menikmati fleksibiliti waktu pulang yang diberikan oleh majikan sepanjang bulan Ramadan.

Menerusi tinjauan OhBulan!, hantaran tersebut telah dipadam oleh Chef Zam.

Sumber:…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahira


Previous post