Kool FM

Netizen Kecam Sekumpulan Penunggang RXZ Tunggang Secara Melulu Dan Bahaya


Tular video memaparkan sekumpulan penunggang RXZ memandu dengan cara merbahaya dan melulu.

Kumpulan peminat RXZ atau geng RXZ antara kumpulan yang besar di Malaysia. Kerana ramai yang mempunyai minat yang sama.

Sehinggakan ada acara besar RXZ yang disebut RXZ Members yang bukan sahaja disertai oleh penunggang RXZ dari kalangan orang biasa, namun turut menarik penyertaan dari kalangan selebriti dan tokoh ternama.

Namun apa yang tidak enak untuk disaksikan, apabila ada segelintir penunggang RXZ yang baru baru ini merakam dan berkongsi video mereka menunggang secara merbahaya.

rxz

Mereka telah membawa motosikal secara beriringan dan melakukan beberapa aksi lagak seperti ‘superman’.

Netizen juga mengkritik penunggang penunggang tersebut melakukan beberapa kali siri kesalahan lalu lintas yang  lain.

Ramai yang mengkritik cara tunggangan tersebut mengundang risiko kepada pengguna jalan raya yang lain.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version