Sebagai rekod, My50 menggantikan pas perjalanan tanpa had My30, yang diperkenalkan Kerajaan di bawah skim Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau PENJANA pada bulan Jun 2020.
Tempoh promosi untuk My30 bakal berakhir pada 31 Disember 2021 dan ia akan diganti dengan pas perjalanan RM50 sebulan sepertimana yang diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam cadangan Belanjawan 2022 di Dewan Rakyat pada 29 Oktober lepas.
Hasil tinjauan di media sosial pula mendapati rata-rata netizen menemplak alasan peningkatan harga pas perjalanan tanpa had dikaitkan dengan aspirasi ‘Keluarga Malaysia’ dan keprihatinan terhadap kebajikan rakyat.
Netizen turut menegaskankan jika betul-betul prihatin tentang kebajikan rakyat yang sedang bergelut dengan masalah Covid-19 dan bencana banjir yang berlaku baru-baru ini, sepatutnya kekalkan sahaja ‘My30’ sehingga keadaan kembali stabil seperti biasa.
Berikut di bawah antara komen netizen mengenai isu berkenaan:
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: