Site icon Kool FM

Netizen Mahu Pindah Perlis Lepas Tahu Tiga Pinggan Nasi Berlauk Baru RM15


Dengan kos sara hidup yang kian meningkat, orang ramai lebih selesa mencari port makan yang murah di sekitar mereka.

Baru-baru ini, seorang pengguna X berkongsi gambar makanan yang dibeli di sebuah medan selera di Perlis. Apa yang mengejutkan adalah harga yang dikenakan untuk tiga pinggan nasi berlauk hanya serendah RM15.

Difahamkan lokasi sebenar adalah di Medan Selera Sena, Kangar. Malah, ada yang mengesahkan bahawa kedai itu memang menjual ayam yang besar itu pada harga RM5 sahaja.

Bukan itu sahaja, saiz ayamnya juga mencuri perhatian ramai kerana sangatlah besar sehingga hampir menutupi nasi yang diambil.

Susulan ciapan tersebut, majoriti netizen mahu berpindah ke sana selepas mengetahui harga makanannya terlampau murah berbanding di bandar seperti Kuala Lumpur.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version