Antara dugaan yang paling pedih untuk dilakui sepanjang hampir dua tahun COVID-19 menyerang Malaysia adalah kita diminta untuk kekal duduk di rumah dan dilarang untuk merentas negeri. Nikmat yang ditarik lama ini telah meninggalkan kita dengan rasa sayu dan sedih apabila terdapat beberapa perayaan yang terpaksa kita lalui sendirian tanpa ibu bapa di sisi.
Namun, sejak negara sudah mencapai tahap peratusan vaksinasi yang tinggi. Akhirnya ada sinar di hujung lorong bagi orang-orang yang bersabar.
Semalam, melalui ciapan ringkas Mohd Redzuan Abdul Manap, wartawan dan editor, difahamkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri menyatakan bahawa masa untuk rakyat Malaysia rentas negeri dan pulang ke kampung semakin hampir.
Rentas Negeri & Vaksinasi 90% populasi Dewasa
“Saya percaya masa untuk rentas negeri sudah hampir. Saya akan immediately umum kebenaran rentas negeri apabila sampai 90 peratus”: PM Ismail Sabri
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB)
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: