Site icon Kool FM

Netizen Puji Pekerja Alam Flora Sanggup Kutip Lebih 3 Tan Sampah Pada Malam Tahun Baru


Pada sambutan malam tahun baharu, semua orang bergembira sambil menonton pertunjukan bunga api serta  menikmati makanan dan minuman yang dijual. Namun, apa yang tidak enak dilihat adalah apabila sampah berselerakan di merata-rata tempat seusai ia selesai di sekitar Kuala Lumpur.

Hal ini dibuktikan menerusi satu video TikTok daripada Alam Flora yang memaparkan kegigihan pekerja mereka dalam mengutip sejumlah sampah di atas jalan raya dekat kawasan Dataran Merdeka, KLCC dan Bukit Bintang.

Artikel Berkaitan:

@alamflorasdnbhd

Alam Flora menganggarkan 3.06 tan sampah terkumpul setelah selesai kerja-kerja kutipan dan pembersihan selepas sambutan tahun baru di kawasan Kuala Lumpur semalam. Seramai 128 pekerja pembersihan, penyelia dan eksekutif operasi Alam Flora telah menjalankan kerja-kerja pembersihan seawal jam 12 tengah malam. Kawasan yang terlibat untuk kerja-kerja pembersihan ialah KLCC, Bukit Bintang dan Dataran Merdeka. #JomRawatBumi #AlamFlora

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version