Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Netizen Puji Pemandu Ini Kejar Suspek Didakwa Sengaja Langgar Lari Sebuah Motosikal

today8 December 2021

Background


Amat jarang sekali kita dapat lihat pemilik dashcam mengejar suspek yang melakukan masalah di atas atas jalan raya, namun pemandu ini bertindak berani dengan mengejar suspek yang melarikan diri setelah dipercayai ‘sengaja’ melanggar sebuah motosikal sehingga terjatuh di tengah-tengah jalan.

Menurut hantaran Instagram @info.semasa.my, kejadian tersebut dirakam di hadapan Sekolah Kebangsaan Talang, Kuala Kangsar, Perak pada petang hari Isnin lalu.

Video yang dikongsikan tersebut telah meraih perhatian ramai yang rata-rata kagum dengan keberanian pemilik dashcam tersebut kerana sanggup mengejar pemandu kereta Proton Persona itu yang nampak seperti ‘sengaja’ melanggar penunggang motosikal sehingga jatuh.

Netizen juga mengucapkan terima kasih atas kecekapan pemilik dashcam tersebut kerana dia merupakan satu-satunya saksi terdekat semasa insiden kemalangan tersebut berlaku.

Sumber Gambar: Instagram @info.semasa.my

Sumber Gambar: Instagram @info.semasa.my

Sumber Gambar: Instagram…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post