
Seorang pengusaha kek meraih pujian warganet selepas mengeluarkan penegasan bahawa dirinya tidak mahu langsung bersubahat dalam menipu resit tempahan seperti diminta segelintir pelanggan.
“Kepada badan beruniform, syarikat, jabatan, bank dan mana-mana yang berkaitan, nak tempah kek tidak ada masalah.
Baca Juga:
“Tapi jangan sesekali tidak ada integriti dan nak ajak kami sekali. Ini tempah kek harga RM150, tapi nak suruh letak RM200.
“Atau tempah kek RM500 tapi nak suruh letak RM800 dalam resit. Orang lain mungkin buat, kami di Cakes by Nazlin tidak akan dan tidak mahu bersubahat. Saya takut nak tambah dosa. Terima kasih,” petik hantaran Threads @cakesbynazlin.
Netizen memuji keberanian beliau menyuarakan prinsip tegas itu.
“Respect. Integriti seperti inilah yang sangat jarang ditemui dan wajar dipuji. Mark up dalam resit adalah satu penipuan — tidak kira sama ada jumlahnya RM50 atau RM500. Hakikat bahawa perkara ini sudah dianggap…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
