Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Netizen Risau Tengok Orang Ramai Selamba Mandi Di Pantai Walaupun Sudah Ada ‘Bendera Merah’

today16 February 2024

Background


Beberapa orang kanak-kanak dilihat dengan santai melakukan aktiviti mandi-manda di sebuah pantai meskipun sudah diletakkan tanda amaran bahaya.

Menerusi video yang tular di media sosial baru-baru ini, terdapat bendera merah yang dipacakkan di kawasan pantai tersebut pada ketika itu.

Artikel Berkaitan:

Untuk makluman, tindakan memacak bendera di kawasan pantai adalah sebagai tanda amaran untuk melarang individu daripada melakukan aktiviti mandi-manda susulan keadaan laut bergelora atau berombak besar yang boleh mengundang risiko lemas.

Bagaimanapun, dalam video itu, beberapa pengunjung bersama anak kecil tanpa rasa takut melanggar amaran tersebut. Keadaan laut juga dilihat bergelora kuat diikuti angin yang kencang.

Pada masa sama, mereka juga dilihat melakukan aktiviti di dalam air laut yang bergelora dan berombak besar tanpa dihalang oleh pihak keselamatan pantai.

Namun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan serta lokasi sebenar juga tidak dapat dipastikan lagi.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post