Menerusi video yang dimuat naik oleh @syamimia_ di laman TikToknya, dia berceritakan tentang betapa hebat ibunya.
Namun begitu, pelbagai cabaran yang dihadapi oleh mereka sekeluarga. Bukan mudah untuk seorang ibu yang mempunyai masalah penglihatan untuk mencari rezeki dan menjaga anak-anaknya dengan sebaik mungkin.
“Keluarga saya tidak sempurna, tapi cukup luar biasa. Dibesarkan oleh seorang ibu yang cacat penglihatan. Bagi saya, umi merupakan wanita yang cukup sempurna. Dia berniaga tisu pada waktu malam di kawasan Kuala Lumpur.”
“Kadang-kadang ada wartawan yang mengambil gambarnya sesuka hati dan menggelarnya sebagai pengemis pada tahun 2000. Saya pernah teman umi meniaga tisu ketika cuti PMR.”
“Cara umi bekerja, dia tidak pernah paksa orang beli tisunya, apa yang dikatakan hanyalah cik derma ikhlas.”
Gadis itu menjelaskan kepada ibunya suatu ketika dulu yang satu hari nanti dia akan menjelaskan perkara sebenar supaya tiada yang buruk sangka dan bersifat sombong dengan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: