Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Seorang penunggang motosikal terselamat daripada dilanggar oleh sebuah Ford Mustang dalam satu kemalangan di Jalan Kuala Krai-Machang, Kelantan pada petang semalam.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3.30 petang itu dirakam melalui dashcam sebuah lagi kenderaan yang kebetulan berada di tempat kejadian. Kereta Ford Mustang tersebut dipercayai gagal untuk memotong kenderaan di hadapannya lalu merempuh lori yang berada di lorong bertentangan.
Sebelum kejadian tersebut berlaku, penunggang motosikal terlebih dahulu menjenguk bahagian hadapan dan segera mengelak ke kiri jalan apabila menyedari lori dan Ford Mustang mula bertembung antara satu sama lain.
Rakaman video dashcam itu mula tular pada tengah hari tadi telah meraih perhatian ramai yang berasa terkejut selepas melihat penunggang motosikal tersebut nyaris-nyaris dilanggar oleh Ford Mustang hilang kawalan setelah berlaku perlanggaran…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: