Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Pada petang semalam dilaporkan kesesakan lalu lintas berlaku di Lebuhraya Utara Selatan di laluan selepas Plaza Tol Sungai Besi arah ke pusat bandar dan dari arah Sungai Besi ke arah Universiti Putra Malaysia (UPM) berikutan banjir kilat.
Situasi tersebut telah dirakam oleh beberapa penduduk yang tinggal di kawasan perumahan berhampiran dengan laluan plaza tol tersebut. Ternyata sekali imbas, kelihatan seperti sedang berlangsungnya ‘pesta lampu’ di atas jalan raya tersebut.
Kira-kira ratusan kenderaan memenuhi kedua-dua belah lorong yang diterangi dengan lampu brek belakang serta lampu hadapan kenderaan.
Ramai tidak menyangka kedua-dua rakaman video tersebut dirakam di Plaza Tol Sungai Besi. Mereka sangkakan keadaan kesesakan lalu lintas tersebut berlaku di kawasan luar negara.
Pada masa yang sama, ada netizen yang berkongsi pengalaman masing-masing terperangkap dalam kesesakan lalu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: