Anak kepada pelukis yang menghasilkan rekaan beruang matahari pada logo Tahun Melawat Malaysia 2026, tampil mendedahkan bahawa karya ayahnya bukan AI.
Ramai netizen memuji logo tersebut sebagai sangat cantik dan menarik. Tidak kurang juga yang meminta agar dikeluarkan cendera mata berupa plushie comel.
‘Confirm Bukan Intern Buat’ – Logo Tahun Melawat Malaysia 2026 Dipuji Ramai
Oleh kerana rekaan grafik tersebut dianggap terlalu cantik, maka ada netizen yang mahukan kepastian sama ada ianya AI atau tidak?
Mereka mahukan bukti bahawa lukisan itu bukannya janaan AI.
Anak kepada pelukis beruang matahari itu tampil menjelaskan bahawa ianya hasil tangan ayahnya dan bukan janaan AI.
Netizen tersebut berkata: “Katakan bahawa ini bukannya AI, tolonglah..”
Anak pelukis tersebut sempat menunjukkan sebahagian daripada proses penghasilan rekaan beruang tersebut.
“Hai, ini bukan AI, ianya lukisan asli daripada ayah saya,” tegas beliau.
Hi this…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
