Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Netizen Tidak Mahu Trend Lelaki Pakai Skirt Dinormalisasikan Di Malaysia

today10 July 2024

Background


Warga X ternyata tidak gembira dengan trend lelaki memakai skirt yang sudah menjadi ikutan ramai ketika ini.

Ketika ini di platform TikTok terutamanya, semakin ramai lelaki yang mempromosikan pemakaian skirt untuk lelaki.

Menurut golongan ini, lelaki, tak kira mereka songsang atau tidak, boleh memakai skirt atas keselesaan individu. Jadi ianya dianggap kebebasan memilih cara berpakaian.

Dan apa yang jelas kebanyakan mereka yang memperjuangkan lelaki pakai skirt ini adalah yang menyokong kebebasan gender dan yang berkaitan. Walaupun ada yang cuba berselindung di belakang prinsip kebebasan berpakaian semata mata.

Lebih sakit, trend lelaki pakai skirt ini turut merebak ke Malaysia. Malah ada influencer yang lahir sebagai lelaki dengan bangga menayangkan diri mereka memakai skirt.

Lantas netizen meminta agar masyarakat Malaysia jangan menormalisasikan lelaki memakai skirt. Kerana ianya jelas pakaian untuk wanita bukannya lelaki.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post