PETALING JAYA – NexG Berhad (NexG) melalui anak syarikat milik penuhnya, Datasonic
Technologies Sdn Bhd (DTSB), telah menerima dan bersetuju menerima kontrak
selama enam tahun daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk pembekalan penyelesaian Kad Pengenalan Nasional Malaysia termasuk MyKad, MyTentera dan MyPOCA.
Kontrak tersebut, yang akan bermula pada 1 Jun 2026, mempunyai nilai keseluruhan kira-kira RM733 juta.
Penganugerahan ini adalah susulan daripada kontrak pembekalan Pasport Antarabangsa Malaysia bernilai RM1.73 bilion yang diperoleh pada 29 Ogos 2025.
NexG, melalui anak syarikatnya, telah menjadi pembekal penyelesaian MyKad sejak
tahun 1999, dan kontrak baharu ini mencerminkan kepercayaan berterusan Kerajaan
terhadap Kumpulan untuk melindungi dan memodenkan infrastruktur identiti negara.
Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan NexG, Datuk Abu Hanifah Noordin berkata, penganugerahan kontrak MyKad ini bukan sekadar satu lagi projek untuk NexG tetapi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
