Site icon Kool FM

Nextgen 1 Utama diiktiraf MBOR


PETALING JAYA – Taman Tema Nextgen melancarkan outlet pertamanya di 1 Utama di sini yang diiktiraf oleh Malaysian Book of Records (MBOR) sebagai taman tema edutainment dalam bangunan terbesar di negara ini.

Pusat seluas 4,180 meter persegi itu menyediakan pelbagai tarikan mesra keluarga termasuk kawasan permainan untuk bayi, laluan berhalangan, taman permainan bertemakan langit dengan gelongsor pelangi, zon permainan elektronik dan karaoke.

Ia menampilkan lima zon pengalaman yang memenuhi kumpulan umur dan tahap pertumbuhan yang berbeza iaitu zon hiburan, pengayaan, pengalaman, penglibatan dan pemerkasaan.

Pengasas Bersama Nextgen, Leroy Lee berkata, hiburan dan teknologi telah mengubah setiap aspek masyarakat dan pihaknya berharap dapat menerapkannya untuk membawa industri pendidikan tempatan ke peringkat seterusnya.

“Pusat Nextgen ini adalah yang pertama dibuka di sini dan banyak lagi bakal diwujudkan untuk membantu kanak-kanak mengembangkan pelbagai kemahiran sambil…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version