
Satu insiden luar biasa berlaku melibatkan Neymar ketika aksi Santos menentang Coritiba apabila bintang Brazil itu dilaporkan diganti secara tidak sengaja akibat kekeliruan dalam proses pertukaran pemain. Santos akhirnya tewas 0-3 dalam perlawanan tersebut.
Kejadian berlaku ketika Neymar berada di luar padang menerima rawatan selepas mengadu ketidakselesaan pada bahagian betis. Pada waktu sama, Robinho Jr. sedang bersedia untuk dimasukkan ke dalam permainan.
Menurut Santos, pemain yang sepatutnya dikeluarkan ialah Gonzalo Escobar, pemain bernombor 31. Namun pegawai keempat secara mengejut mengangkat papan pertukaran memaparkan nombor 10 milik Neymar.
Disebabkan nombor Neymar diumumkan, Robinho Jr. terus memasuki padang manakala Escobar kekal berada dalam permainan.
Ketika Neymar cuba masuk semula untuk menjelaskan kekeliruan tersebut, dia tidak dibenarkan berbuat demikian kerana secara teknikal pertukaran sudah dianggap selesai. Neymar turut…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
