KUALA LUMPUR – National Fraud Portal atau NFP bakal melonjakkan usaha untuk memerangi penipuan dalam talian dengan mengubah proses Pusat Respons Scam Kebangsaan atau NSRC pada masa akan datang.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, ini kerana NRSC sebelum ini dikendalikan secara manual dan banyak memakan masa.
Sehubungan itu, beliau optimis bahawa NGP akan menjadi peneraju platform automasi di rantau ini yang menyediakan akses selamat kepada pangkalan data penting untuk menyokong pencegahan penipuan serta memberi ahli NSRC keupayaan dinamik untuk mengesan dan mencegah aktiviti penipuan.
“Portal ini akan mengintegrasikan data transaksi kewangan dari pelbagai sumber bagi mengesan transaksi mencurigakan secara automatik dan memudahkan pengesahan oleh institusi terlibat.
“Automasi ini mempercepatkan tindakan, mengurangkan masa pengesanan penipuan, dan mencegah kerugian lanjut.
“Tindak balas pantas adalah teras untuk menghalang dana yang dicuri…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: