Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Pemain muda negara, Ng Tze Yong meneruskan perjuangan ke suku akhir All England 2023 selepas melakar kejutan ke atas juara bertahan, Viktor Axelsen pada aksi yang berlangsung sebentar tadi.
Artikel Berkaitan:
Lebih manis untuk diperkatakan, kemenangan itu juga merupakan pertemuan sulung Tze Yong bertemu pemain ranking nombor satu dunia tersebut.
Pemain berusia 22 tahun itu tampil dengan cukup meyakinkan pada set pertama apabila berjaya mencatatkan kemenangan 21-15.
Skrip berbeza dijelmakan pada set berikutnya selepas Axelsen mengubah corak permainan untuk mendominasi aksi sehingga mencatatkan kemenangan mudah 21-9.
Aksi penentuan juga cukup mendebarkan apabila Tze Yong mendahului sejak daripada awal permainan manakala Axelsen pula mengejar dengan penuh tenang sehingga mendahului 20-19.
Namun, Ng Tze Yong yang mendapat bimbingan Hendrawan kental bertahan untuk bangkit dan menamatkan set ketiga dengan kemenangan 23-21.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: