Site icon Kool FM

Ng Tze Yong Mudah Tundukkan Vittinghus Untuk Ke Pusingan Kedua

Ng Tze Yong


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pemain perseorangan kedua negara, Ng Tze Yong segera melupakan kehampaan pada minggu lalu untuk melangkah ke pusingan kedua kejohanan Indonesia Masters 2023 di Istora Gelora Bung Karno, Jakarta sebentar tadi.

Artikel Berkaitan:

Lawan yang ditundukkan Ng Tze Yong ialah pemain veteran dari Denmark iaitu Hans-Kristian Vittinghus dengan kemenangan ‘straight set’ 21-7. 21-14 dalam tempoh 36 minit.

15 tahun lebih tua berbanding Tze Yong, Vittinghus dilihat tidak mampu untuk memberikan saingan pada set pertama sekali gus menyaksikan pemain ranking ke-28 dunia kelahiran Johor Bahru itu mudah mencatatkan kemenangan 21-7.

Memasuki set kedua, pemain perseorangan keempat Denmark itu cuba untuk memberikan saingan lebih sengit buat Tze Yong tetapi lebih kental bertahan bagi mengesahkan kemenangan 21-14.

Menanti Ng Tze Yong di pusingan kedua ialah pemenang antara dua pemain muda sedang meningkat naik yang menemukan Lakshya Sen…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version