
SHAH ALAM – Dilahirkan dan membesar dalam keluarga yang terlibat dunia perniagaan makanan selalunya membolehkan salah seorang daripada anak mewarisi bakat kemahiran ibu dan ayah yang pandai memasak.
Kreativiti itulah yang diwarisi oleh Pemilik perniagaan Restoran Ya Salam yang telah mula memegang tepung atar dan menguli tepung sejak berumur lapan tahun ketika membantu arwah bapanya yang berniaga capati di sebuah restoran di Padang Matsirat, Langkawi, Kedah.
Kini, Mohamad Abdussalam Idris, 38, bukan sahaja mahir memasak capati tetapi kreativitinya dipelbagaikan lagi dengan memasak menu yang lazat.
Keunikan itu membolehkan lebih ramai pengunjung bukan sahaja dari Lembah Klang, malah hampir dari seluruh Semenanjung Malaysia.

Set capati yang lembut dijamah dengan pilihan kuah seperti kari kambing, kari ayam, keema daging, lauk sardin dan terbaharu boleh dimakan dengan kuzi kambing dan juga kari tengkuk kambing pada harga serendah RM15 setiap set.
Turut dihidangkan di…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: