Site icon Kool FM

Niat melancong melonjak naik – Kosmo Digital


PETALING JAYA – Keinginan untuk melancong dalam kalangan rakyat Malaysia terus melonjak dan ia diperlihatkan menerusi kajian sentimen pengguna serta data carian internet berhubung destinasi pelancongan popular dalam negara.

Menurut platform perkongsian dan sewaan penginapan Airbnb, carian perjalanan di Airbnb ke Langkawi telah me­lonjak melebihi 13 kali ganda bulan ke bulan pada minggu 13 September, sewaktu gelembung pelancongan ke pulau peranginan itu mula-mula dilancarkan.

Pada tempoh yang sama, ca­rian untuk penginapan Airbnb di Port Dickson meningkat lebih 360 peratus bulan ke bulan, manakala carian bagi penginapan di Melaka meningkat 270 peratus.

Populariti ruang penginapan Airbnb yang bersaiz lebih besar turut meningkat, dengan carian vila oleh tetamu dari Malaysia bertumbuh hampir 2.5 kali ganda pada minggu tersebut, berban­ding enam bulan yang lalu.

Lima destinasi yang paling banyak dicari ialah Subang Jaya, diikuti Kuala Lumpur, Langkawi, Johor Bahru dan Pulau…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version