Site icon Kool FM

Nik Sharif Mahu Buktikan Sesuatu Kepada Selangor




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Bagaikan misi ‘dua dalam satu’, demikian hasrat pemain tengah Terengganu FC, Nik Sharif Haseefy Mohd Lazim yang bukan sahaja mahu bawa pasukannya ke pentas final Piala FA tetapi mahu buktikan sesuatu kepada Selangor.

Dia yang masih berstatus pemain pinjaman dari Selangor, akui sangat bermotivasi menjelang perlawanan separuh akhir antara kedua-dua pasukan pada Sabtu ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Tambahnya, dia masih menghormati majikannya itu namun melihat ini jadi saat terbaik bagi menunjukkan kemampuan sebenar di atas padang.

“Memang kalau diikutkan sangat teruja untuk main perlawanan ini kerana akan berjumpa pasukan sendiri, memandangkan saya masih pemain Selangor dan dipinjamkan ke Terengganu.”

“Sepertimana pemain lain, sudah tentu saya mahu buktikan kepada pasukan sendiri yang saya boleh menyumbang setelah gagal dapatkan tempat bermain di sana.”

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version