Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Pemain tengah Terengganu FC, Nik Sharif Haseefy berpendapat bahawa para pemain Terengganu telah beraksi sebaiknya dan mengikut perancangan pasukan pada aksi separuh akhir pertama TM Piala Malaysia 2022, kelmarin.
Bagaimanapun, tanpa berselindung beliau mengakui aksi Selangor tampak lebih menjadi untuk menghasilkan tiga gol.
Meskipun ketinggalan 1-3, pemain yang dipinjamkan dari Selangor itu percaya Terengganu akan bangkit untuk terus memberikan tentangan bagi memburu gol di laman sendiri pada Isnin depan.
“Saya boleh katakan Selangor malam ini (kelmarin) turun dengan lebih bersemangat dan aksi mereka juga lebih menjadi untuk menjaringkan gol.’’
“Bukannya kita tidak beraksi bagus, cuma Selangor lebih menjadi untuk memberi kelebihan kepada mereka.’’

“Tetapi untuk kami sendiri, Terengganu tidak akan berputus asa dan positif akan bangkit selepas ini sebab kita masih ada 90 minit…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
