Dengan sekali lafaz, pelakon dan penyanyi, Didi Astillah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Muhammad Nur Fiqrat Ismat Diniey dalam majlis akad nikah yang berlangsung pada jam 10.05 pagi, Jumaat, bertepatan dengan Hari Asyura.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Didi Astillah Dilamar Pada Malam Tahun Baharu, Kekasih Melutut & Serah Cincin Di Bawah Percikan Bunga Api
Didi bergelar isteri

Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah yang dilantik, Ustaz Mohammad Nazri, dalam suasana penuh indah yang disaksikan ahli keluarga dan kenalan rapat.
Anggun dalam persalinan serba putih, Didi menerima mas kahwin sebanyak RM300 daripada suaminya sebagai simbolik penyatuan mereka sebagai pasangan suami isteri.
Dalam majlis penuh bermakna itu, pihak pengantin perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang hantaran kepada pihak pengantin lelaki.
Majlis yang bertemakan serba putih itu turut dihadiri ahli keluarga, beberapa rakan selebriti serta sahabat terdekat kedua-dua mempelai.
Untuk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: