Nike telah melancarkan semula bola ikonik Liga Perdana Inggeris (EPL), T90 Aerow I yang akan digunakan buat pertama kalinya pada pertemuan Aston Villa menentang pendahulu liga, Liverpool, awal pagi Khamis nanti.
Ia juga secara tidak langsung sebagai tanda mengenang kembali kerjasama Nike bersama EPL dalam tempoh 25 tahun.
Baca Juga:
Bagaimanapun, hubungan tersebut akan berakhir pada penghujung musim ini.
Hal ini kerana satu lagi jenama terkenal dunia, Puma akan menjadi pembekal bola rasmi bagi saingan liga paling popular di dunia itu bermula musim 2025/26.
Kehadiran Semula Nike T90 Aerow I
Sehubungan dengan itu, Nike telah melancarkan versi terkini T90 Aerow I, yang pernah digunakan ketika musim 2004/05 dan 2005/06.

Bola tersebut telah menggantikan bola musim sejuk Hi-Vis yang digunakan dalam baki aksi musim ini apabila kempen liga memasuki musim bunga.
Warna yang digunakan juga kembali kepada elemen klasik serta…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: