PETALING JAYA – Secara kebetulan seorang usahawan yang sebelum ini memiliki berat badan lebih 100 kilogram dan sedang berusaha menjaga diet pemakanannya bagi mengelakkan daripada terjebak dengan penyakit diabetes serta obesiti lebih serius, telah berjaya membangunkan perniagaan unik berasaskan daging premium.
Saheran Hamid, 45, telah melaksanakan pelbagai jenis diet sehinggalah beliau menemui formula terbaik bersesuaian dengan tahap kesihatan dirinya untuk menurunkan berat badan kepada lebih 30 kilogram secara sihat hanya dengan menikmati daging premium yang dimasak sendiri di rumah.
Kaedah pemilihan daging yang dipotong ikut berat yang sesuai, diperap ringkas di dalam peti sejuk dan seterusnya dimasak di dapur mengikut masa yang singkat telah mendorong beliau membuka syarikat, Just Sear.

“Pada mulanya, saya suka menjamu rakan-rakan menikmati daging premium di rumah kemudian atas permintaan ramai, saya telah mempromosikannya di platform media sosial, seterusnya mula…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: