PETALING JAYA – Orang ramai berpeluang merasai pelbagai juadah masakan menarik tempatan dan antarabangsa apabila berkunjung ke pusat beli-belah Summit USJ, di Subang Jaya dekat sini.
Ibarat syurga makanan, kira-kira 12 gerai disediakan dalam ruang Food Network khusus kepada pengunjung di aras G, pusat beli-belah terbabit.
Pengendali Food Network berkata, antara hidangan istimewa yang terdapat di ruang itu adalah air tangan Cef Ibnu Firqhud Hazizan dari Restoran Kampunglah.
Katanya, restoran berkenaan menawarkan pelbagai masakan kampung menyelerakan seperti masak lemak daging salai, gulai rebung, sambal sotong dan ayam masak merah.
“Pengunjung pastinya tertarik ke The Great Hall Theme Cafe kerana ia menawarkan makanan barat seperti burger, pasta dan minuman yang turut didatangkan dalam hidangan set.
“Bagi pengunjung yang menyukai cita rasa tempatan, anda boleh menikmati hidangan seperti nasi lemak dan nasi ayam di vendor Cik Cha Nasi Lemak dan Nasi Ayam Makchick,”katanya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: