PETALING JAYA – Nikon secara rasmi melangkah masuk ke dalam arena sinematografi profesional dengan pelancaran kamera kompak terbaharunya, Nikon ZR.
Model yang berupa kamera terkecil dalam siri Z CINEMA itu dibangunkan hasil kerjasama strategiknya dengan RED Digital Cinema (RED), sebuah nama besar dalam industri perfileman Hollywood.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Futuromic Photo AV, pengedar rasmi Nikon di Malaysia, ZR direka untuk menawarkan kualiti video sinematik mewah dalam sebuah badan kamera yang kecil dan ringan.
Kerjasama dengan RED, yang kini merupakan anak syarikat Nikon Corporation, membolehkan penyepaduan teknologi video RAW dan sains warna terkemuka RED ke dalam ekosistem Nikon buat pertama kalinya.
“Dengan berat hanya 540 gram, Nikon ZR dinobatkan sebagai salah satu kamera pawagam paling ringan dalam kelasnya, menjadikannya pilihan ideal untuk pembikin filem yang sering bergerak.

“Badan aloi magnesiumnya yang tahan lasak terhadap habuk dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: