KULIM – Syarikat pembuatan dan pengeluaran makanan sejuk beku, Kumpulan EB mampu mengeluarkan 210,000 tan produk makanan tersebut dengan nilai RM3.5 bilion setahun.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EB, Chris Ooi berkata, pengeluaran itu disumbangkan oleh tiga anak syarikatnya dengan rangkaian produk yang luas iaitu Everbest Soya Bean Products Sdn. Bhd., EB Frozen Food Sdn. Bhd. dan Hoshay Food Sdn. Bhd.
Ketiga-tiga anak syarikat itu mengeluarkan produk berbeza masing-masing berasaskan kacang soya, surimi, ayam, udang dan ikan Alaska pollock, vegetarian dan tumbuhan.
“Pencapaian Kumpulan EB secara global adalah mengeluarkan produk berkualiti tinggi termasuk mengeksport ke 32 negara di serata dunia antaranya Thailand, Singapura, Taiwan, China dan Australia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran ibu pejabat baharu Kumpulan EB di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) di sini baru-baru ini yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: