PETALING JAYA – Haily Group Berhad (Haily Group) telah memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM53.80 juta daripada Tasek Maju Realty Sdn. Bhd. (Tasek Maju) untuk membina 170 unit kediaman bagi perbandaran Taman Mutiara Maju di Johor Bahru.
Ini merupakan projek utama keempat yang diraih oleh Kumpulan pada tahun ini, sekali gus menjadikan jumlah nilai kontrak projek berterusannya meningkat kepada RM713.56 juta.
Bagi pembinaan projek tersebut, anak syarikat milik penuhnya, Haily Construction Sdn Bhd, telah menerima Surat Anugerah daripada Tasek Maju pada 26 Jun lalu untuk membina rumah di fasa 3, Taman Mutiara Maju, Johor Bahru dan ia dijadualkan siap dalam tempoh 15 bulan.
Pengasas dan Pengarah Eksekutif Haily Group, See Tin Hai berkata, perolehan kontrak baharu ini adalah pencapaian utama bagi Kumpulan sehingga kini dan ia menunjukkan keyakinan pasaran terhadap peningkatan keupayaan untuk menawarkan perkhidmatan luar biasa dan mengekalkan standard mutu kerja yang tinggi.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
