Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Nilai kontrak Haily kini mencecah RM660.77 juta

today18 February 2023

Background


PETALING JAYA – Pakar pembinaan Haily Group Berhad (Haily) telah  memenangi kontrak bernillai RM78.28 juta untuk membina 262 unit hartanah kediaman di Pontian, Johor. 

Ia merupakan kontrak terbesar Kumpulan setakat ini dan menjadikan jumlah  nilai kontraknya meningkat kepada RM660.77 juta.

Pada 8 Februari lalu, anak syarikat milik penuh Haily, Haily Construction Sdn Bhd.  telah menerima surat anugerah tender daripada Mandy Corporation Sdn. Bhd., kontraktor utama yang dilantik oleh Splendid Pavilion Sdn. Bhd. untuk membina rumah (TNB). 

Rumah teres itu akan dibina di Laman Citra, Gelang Patah dalam daerah Pontian, Johor.

Mandy Corporation dan Splendid Pavilion merupakan anak syarikat milik penuh Gadang Holdings Berhad yang tersenarai di Pasaran Utama. 

Mengulas mengenai kejayaan tersebut, Pengasas dan Pengarah Eksekutif Haily, See Tin Hai berkata, pihaknya sangat berbesar hati dengan penganugerahan kontrak tersebut iaitu projek kedua untuk Laman Citra Kumpulan Gadang. 

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Sukan

Syarikat Qatar sah tawar RM26.59 bilion beli United

London: Persaingan untuk membeli Manchester United menjadi semakin jelas hari ini apabila konsortium yang diketuai Pengerusi Qatar Islamic Bank (QIB), Sheikh Jassim Hamad Al Thani mengumumkan sudah mengemukakan tawaran untuk menguasai sepenuhnya kelab Liga Perdana itu.

today18 February 2023