
PETALING JAYA – HSS Holdings Berhad (HSS Holdings) optimis terhadap pasaran produk bakeri Malaysia yang kekal positif dengan momentum pertumbuhan tahunan adalah sebanyak 7.8 peratus.
Nilai pasaran tersebut dijangka mencecah sehingga RM34.80 bilion menjelang tahun 2030.
Pengarah Urusan HSS Holdings, Goh Chen Chang berkata, bersandarkan pertumbuhan pasaran yang bernilai tinggi, ia telah memberi peluang kepada syarikat untuk mengukuhkan lagi kehadirannya dan menguasai bahagian pasaran yang lebih besar.
“Selain pengembangan kapasiti, kami akan terus menumpukan pada inovasi produk, pengembangan pasaran, pembangunan jenama dan peningkatan operasi untuk mengukuhkan kedudukan daya saing kami dan menyokong pertumbuhan jangka panjang Kumpulan,” katanya dalam kenyataan.
Bagi keputusan kewangan syarikat pada suku kedua berakhir 30 Jun 2026 (S2TK2026) hasil dicatatkan sebanyak RM25.7 juta dan untung kasar (GP) sebanyak RM4.5 juta.
Hasil adalah lebih rendah berbanding suku…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
