Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Nilai perdagangan bulan April naik kepada RM221.74 bilion

today20 May 2024

Background


PETALING JAYA – Perdagangan Malaysia merekodkan pertumbuhan dua digit sebanyak 12.1 peratus tahun ke tahun kepada RM221.74 bilion pada April lalu, sejajar dengan pemulihan perdagangan global.

Eksport naik 9.1 peratus kepada RM114.72 bilion setelah mencatatkan penyusutan dua bulan berturut-turut, manakala import meningkat 15.6 peratus kepada RM107.02 bilion.

Untuk bulan yang ke-48 berturut-turut sejak Mei 2020, Malaysia telah mencatatkan lebihan dagangan, kali ini berjumlah RM7.7 bilion.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan berkata, dari segi pasaran, eksport ke ASEAN, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) merekodkan pertumbuhan dua digit, manakala eksport ke China pulih daripada pertumbuhan negatif yang direkodkan pada bulan sebelumnya.

Jelasnya, ini menggambarkan pemulihan ekonomi sedang berlaku di pasaran eksport utama Malaysia.

“Menurut Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), perdagangan barangan global diunjurkan meningkat 2.6…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post