Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Nilai ringgit tiada kaitan isu pro-Palestin

today31 October 2023

Background


PETALING JAYA – Kebimbangan yang ditimbulkan di media sosial dengan mendakwa kejatuhan nilai ringgit ada kaitan dengan pendirian pro-Palestin Malaysia dilihat sebagai tidak mempunyai asas.

Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, kedua-dua perkara tersebut langsung tiada kena mengena antara satu sama lain.

“Kejatuhan ringgit adalah disebabkan oleh pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS$), itu sahaja faktornya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada pukul 9 pagi tadi, ringgit mengukuh sedikit kepada 4.7575 berbanding AS$.

Sementara itu, Ketua Penganalisis Ekonomi dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, beliau berpandangan nilai ringgit masih lagi dipengaruhi oleh faktor luaran.

“Ia terutamanya disebabkan nilai matawang AS$ yang banyak disokong oleh kadar faedah yang ditadbir oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat,” katanya. – KOSMO! ONLINE



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Sukan

Anugerah Kopa ‘bakar’ semangat Bellingham

Paris: Bintang muda meningkat naik, Jude Bellingham berjanji lebih banyak trofi bakal diraih sama ada bersama Real Madrid mahupun England selepas dia memenangi anugerah Kopa sebagai pemain terbaik bawah 21 tahun di Majlis Ballon d'Or, di Paris, awal pagi tadi.

today31 October 2023