Usahawan dan personaliti media sosial, Nina Ismail Sabri selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada Rabu.
Artikel Berkaitan: Nina Ismail Sabri Dedah Jeanelle Paling Teruja Bakal Dapat Adik Lelaki
Baby H-N

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh suami Nina iaitu Hafiz Osman, menerusi hantaran di Instagram Story.
Allahuakbar, SubhanAllah, Alhamdulillah. Kami amat bersyukur atas segala kasih sayang, doa serta ucapan tahniah yang telah kami terima sempena kelahiran putera kami.
Baby H-N lahir pada 1 Oktober 2025 di Kuala Lumpur, dengan berat 3.33kg pada jam 8.13 pagi.
Hafiz turut memuat naik foto dia sedang mendukung bayi mereka sambil Nina baring atas katil wad hospital.
Dalam perkongsian sama, Hafiz turut menzahirkan penghargaan kepada Nina kerana telah melalui proses kehamilan dan kelahiran dengan penuh sabar.
Terima kasih buat Mummy Nina atas kekuatan dan kasih sayang dalam mengandungkannya hingga selamat lahir ke dunia.
Tidak lupa juga buat ahli keluarga dan sahabat handai yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: